PRINSIP, MODEL DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
:
Prinsip, model dan proses kajian tindakan from Beyoncé
Video 1
Video 1
Bahan bantu mengajar kurang bersesuaian
Guru pembimbing memberi komen terhadap penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang bersesuaian. Antara komen beliau adalah seperti yang berikut:
- Saiz kertas (bahan bantu mengajar) terlalu kecil dan tidak bersesuaian dengan bilangan pelajar yang ramai.
- Saiz tulisan juga sangat kecil. Pelajar yang duduk di baris pertama dan kedua mungkin nampak, tetapi pelajar yang duduk di bahagian belakang bilik darjah tidak nampak.
- Warna kertas terlalu terang. Warna yang terlalu terang boleh menyebabkan pelajar hilang fokus. Hal yang demikian kerana pelajar akan lebih tertarik dengan warna kertas, bukan isi atau maklumat yang tertulis pada kertas tersebut.
Beliau mencadangkan saya memperbaiki bahan bantu mengajar pada masa akan datang. Misalnya, saiz tulisan dibesarkan supaya pelajar di bahagian hadapan, di bahagian tengah dan di bahagian belakang nampak isi atau maklumat yang ditulis. Kertas A4 boleh digantikan dengan kad manila dan dari segi warna, pilihlah warna yang bersesuaian. Hindarkan warna yang terlalu terang dan terlalu gelap. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu bersesuaian dengan keadaan bilik darjah, bilangan pelajar dan topik pembelajaran.
No comments:
Post a Comment